Monday, April 28, 2008

Me ... hate it, but kids love it

Tak pasti andai mereka akan mengingati detik-detik ini. Amat gembira bermain salji. Aku pun tumpang gembira ... detik yang indah, mungkin terlupa, tapi dengan gambar ... ianya datang kembali.

Sunday, April 27, 2008

Salji di Ithaca!

Salji dan Ithaca, NY memang tidak boleh dipisahkan. Ibarat isi dan kulit. Hari pertama ku di Cornell University, salji sudah sampai ke peha. Man... hari pertama, seronok bukan main. Tapi bila hari-hari berlalu, makin banyak salji menutupi bumi, mula terfikir dalam hati ... bilakah ianya akan berakhir!

Saturday, April 26, 2008

Pertama kali di WDC

April 2001: Washington DC

Pertama kali kaki ini menjejak Washington DC. Hanya berpandukan kertas-kertas peta (masa itu, gps pun kurang kedengarannya), aku dapat sampai ke Washington DC, dan dapat menjelajahi bandar terpenting di Amerika Syarikat itu. Dan dengan tak sengaja, aku terjumpa kedutaan Malaysia, dan juga masjid di sana (yang terdapat bendara Malaysia didepannya). Bangga! Dan pada malamnya, kerana inginkan hotel yang murah, sekadar tempat untuk melelapkan mata, kami menghabiskan 3-4 jam mencari hotel murah... habis satu Washington DC kami jelajahi ...

2000 and beyond

Mohon kemaafan. Mungkin bila aku mempunyai kelapangan, akan ku "scan"kan gambar-gambar lama ku, agar dapat kumuatkan dalam blog ini, agar ianya menjadi suatu kenangan yang abadi. Till then, hanya yang ada dalam bentuk digital adalah dari tahun 2000 ...

2001: Cornell University
Ketika meraikan ulangtahun harilahir Azim pertama. Bersama-sama rakan-rakan pelajar Malaysia dan rakan sekelas.


Friday, April 25, 2008

Bermulanya satu perjalanan

Tak mampu ku tuliskan ... hanya mampu ku pamerkan, gambar-gambar perjalananku, yang jauh, teramat jauh, merentasi benua, untuk mencari ilmu, untuk mencari secebis pengalaman, bagi ku meneruskan perjuangan hidup.

Harap pembaca berpuas hati dengan pameranku... jangan bosan!